- Details
- Super User
- Hits: 1843
SIJIL ANIMASI 3D
Program Sijil Animasi 3D dibangunkan untuk menghasilkan graduan yang berkelayakan dalam memenuhi keperluan tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang industri kreatif animasi. Para pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran secara praktikal dan amali dalam bidang animasi seperti asas lukisan, asas seni reka, pengenalan kepada animasi, asas animasi 3D, pengimejan digital, asas reka bentuk 3D, reka bentuk konsep, reka bentuk Props 3D, reka bentuk karektor 3D, reka bentuk persekitaran 3D, tekstur dan pemetaan imej, teknik render dan pencahayaan, projek portfolio, dan etika dalam media digital.
MATLAMAT PROGRAM
Setiap individu berpotensi untuk menjadi Pereka Bentuk 3D yang kreatif dan berkemahiran bagi menyokong hasrat dasar industri kreatif negara dalam menyumbang kepada ekonomi berpendapatan tinggi melalui penghasilan produk berkualiti serta memartabatkan warisan seni budaya.
PROSPEK KERJAYA
Graduan Sijil Animasi 3D berpeluang memulakan kerjaya dalam bidang pekerjaan seperti:
- Pembantu Pereka Bentuk Konsep
- Pembantu Pereka Bentuk Tekstur
- Pembantu Pereka Bentuk Props 3D
- Pembantu Pereka Bentuk Karektor 3D
- Pembantu Pereka Bentuk Latar Belakang 3D
- Pembantu Pereka Bentuk Grafik
- Pembantu Artis Render 3D
- Pembantu Penyunting Audio dan Video